Aku Terima Nikahnya.

Assalamualaikum....

Buku ni aku perolehi dari abang aku... dia bagi aku ketiga2 koleksi dia iaitu aku terima nikahnya 1,2,3.. kebetulan dia dah habis baca, tu yang dia bagi aku... tak tahu la kalau2 dia ada motif lain..hehe.. insyaAllah dia akan melansungkan perkahwinan dia selepas hari raya Aidilfitri nanti.. insyaAllah..

Berbalik kepada buku Aku Terima Nikahnya nih.. Ianya hasil nukilan Ust Hasrizal, memang terkenal jugak la kat negara kita nih.. ada orang panggil dia Ust cCnta.. mana taknya.. kebanyakan entry dia adalah mengenai cinta para remaja.. macam2 jenis..

koleksi aku...

Buku ni juga adalah hasil dari kombinasi artikel2 yang beliau hasilkan di laman internet nya iaitu saifulislam.com..

Banyak nasihat2 dan teladan2 yang beliau berikan di dalam buku ni.. kadang2 bila tengah baca buku ni terlintas di fikiran.. "bila la aku nak kawin.. macam syok je..hehe".. dan kadang2 tu ada jugak terlintas.. "Mak aii... dugaan lepas kawin ni bertimpa2... macam mana la aku nak uruskan rumah tangga lepas kawin ni, yang sorang diri pon tunggang langgang...".. tapi apa yang pasti.. buku ni banyak mengajar aku mengenal erti kehidupas selepas berkahwin.. kira gambaran la... boleh gak bersedia sikit2.. bagi siapa2 yang nak mendirikan rumah tangga tu.. memang elok sangat la baca buku ni.. tak rugi sikit pon...

Dan ini adalah ayat yang paling aku suka dalam buku Aku Terima Nikahnya ...

"Saya sering memberi dorongan kepada adik2 bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas angin' yang tidak di segerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU"

Sebab apa yang membuatkan aku suka perenggan kat atas tu.. sebab ianya adalah tersangat rasional bagi aku... apa yang aku takutkan adalah perkataan JEMU tu.. ye la masa tengah hangat bercinta memang kita rasa tak akan pernah jemu... tapi kalau dah bertahun2 dan dah mengalami berapa banyak pengalaman yang pahit... tak kan perasaan jemu tu tak akan timbul... kalau bertunang pon orang2 tua akan suruh percepatkan perkahwinan.. sebabnya.. takut sampai di tengah jalan ja... ini kan pula couple.. jadi kalau rasa dah jumpa dengan pilihan hati yang tepat.. cepat2 la dirikan rumah tangga... kalau rasa menda tu jauh lagi.. tak payah la nak couple2 bagai.. nanti susah kan diri dan perasaan ja..hehe.. tapi terpulang la.. pilihan masing2..hehe

Aku sendiri pon ada dok usha2 seorang gadis nih...hehe.. kalau dia di takdirkan untuk aku... insyaAllah aku akan masuk meminang bila tiba waktunya.. insyaAllah... walaupon status pelajar sekarang.. tapi alhamdulillah kewangan dah stabil.. yang pasti kena tahu simpan ja... adeh!!! punya la susah nak simpan...huhu...


Comments

  1. xsabo nak beli buku ni..tgu gaji..hehe

    ReplyDelete
  2. @ctZue.. kira menjadi gok r aku promot...kehkeh

    ReplyDelete
  3. @Ryo Azhar Rahza... hahaha... ryo ape lagi... lansung ja cepat2.. xbaik tggu lama2...kehkehkeh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts